12 Jun 2011

Hari Belia Negara 2011



Sukacita dimaklumkan pada tanggal 28hb Mei 2011 yang lalu, pihak YMC telah melibatkan diri dalam penghimpunan sejuta belia di Putrajaya. Sebanyak 1,000 buah kereta dari berlainan club kereta telah menghantar wakil dan YMC sendiri telah menghantar wakil sebanyak 35 buah kereta. Buat pengetahuan semua YMC merupakan satu-satunya club yang paling ramai menghantar ahlinya pada hari berlangsungnya program tersebut. Tahniah buat dan crew-crew ymc malaysia yang terlibat dalam menjayakn program ini demi menaikkan & mengembangkan YMC ke seluruh pelusuk MALAYSIA.....Semoga segala usaha dan penat lelah kita bersama kan membuahkan hasil dan will make all of us proud to be one of TEAM YMC.

Program Hari Belia Negeri Selangor

Satu program bersama Hari Belia Negeri Selangor telah diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya pada 15hb Mei 2011 yang lalu. Seramai 40 pemilik-pemilik myvi dari YMC telah terlibat dalam menjalankan program tersebut. Tahniah diucapkan kepada crew-crew yang terlibat dalam menjalankan program ini dengan jayanya. Semoga program-program sebegini dapat mengeratkan lagi perhubungan yang terjalin antara kita sekaligus dapat membina generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia selaras dengan wawasan 2020.

11 Januari 2011

Dalam Kenangan...10 Januari 2011

Dengan nama Allah yang Maha Permurah Lagi Maha Mengasihani...Setiap yang bernyawa pasti akan mati....Untuk mkluman Ahli YMC, salah seorang sahabat kite Rostam b A. Rahman ( ABOY) dari Bahau telah pergi ke Rahmatullah meninggalkan kite selama2 lamanya pada 10.11.2010 malam td jam 10.00mlm akibat kemalangan yang teruk berhampiran persim...pangan lampu isyarat bandar seri jempol . Semoga Allah mencucuri rahmat ...ke atas Roh nya.. Al- Fatihah

10 Januari 2011

Sekitar Majlis Perasmian Penubuhan & A.G.M Youngster Myvi Club











Terima Kasih Diucapkan Kepada YB Dato ' Abdul Samad Bin Ibrahim EXCO Belia & Sukan Negeri Sembilan Merangkap ADUN Sri Menanti kerana sudi menyempurnakan majlis ini.

Perasmian Penubuhan

salam YMC..
terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Abd Samad kerana merasmikan penubuhan ymc... terima kasih juga kepada semua crew ymc yang terlibat dan yang hadir bagi memeriahkan seterusnya menjayakan majlis tersebut .. jasa anda semua di kenang...

UCAPAH TAHNIAH SEMPENA MAJLIS PENUBUHAN YMC & MESYUARAT AGUNG YMC

Salam...

Kepada ahli YMC yang berdaftar kami daripada barisan MT YMC & Crew YMC ingin mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah berjaya melaksanakan majlis dengan sempurna.. Kepada mereka yang bertungkus lumus sepanjang masa dalam menjayakan majlis pada malam tersebut ucapan penghargaan ini. Semoga kerjasama yang ahli-ahli YMC berikan akan lebih memantap dan mematangkan lagi Youngster Myvi Club pada masa akan datang. Kepada ahli daripada Perak, Selangor dan Kuala LUmpur,, thanks kerana hadir pada majlis tersebut. Pae yang terkurang daripada kami.. mohon ampun dan maaf... pihak MT YMC sentiasa menerima cadangan dan teguran daripada anda..

Thanks for All Crew YMC..

09 Disember 2010

Wahlimatulurus

Salam,
youngster Myvi Club mewakili, members solehan@che an menjemput semua members2 YMC ke majlis perkahwinan beliau pada 19 disember 2010 di Felda Pasoh 3,so kita akan mgadakan konvoi utk mgiringi beliau.Kepada members yg berminat boleh comfirmkan dengan mr prez(fendi) or saya(asyraf)

27 November 2010

TT at Bahau 4 Dec 2010

salam, kepada semua member YMC, TT ke bahau akan diadakan pada 4 Disember 2010 hari sabtu(malam).Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi Mr Prez.

26 November 2010

Salam Takziah


Salam, dmaklumkan Nenek kepada Presiden YMC telah kembali ke rahmahtullah pada jam 1.00pagi hari ini, Takziah di ucapkan, semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat. Al fatihah.....




Amin......................

22 November 2010

Youngster Myvi Club Untuk Semua

Salam, mgkin ramai yg anggap utk join club kete msti modified or cun ke hehe, tanggapan tu adlah x bnar sama skali, kami Youngster Myvi Club menerima anda seadanya...x caye tgok album hehe..

Youngster Myvi Club Telah Mengembangkan sayapnya ke Utara..

Youngster Myvi Club telah mengembangkan sayapnya ke utara iaitu Perak, bermula dengan bandar Taiping & diharapkan YMC Perak Region terus berjaya menghimpunkan semua pemilik myvi dibawah Youngster Myvi Club.

YMC new register




AutoShow Invitation 4 Disember Di Stadium Kajang

kepada members yg berminat boleh contact (asyraf)



konvoi pengantin ke PT Tinggi K.Pilah 7.11.2010

Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan konvoi mengiringi pengantin ke Pt Tinggi K.Pilah pada 7 November 2010











02 November 2010

TAHNIAH KEPADA NAIB PRESIDEN IEWAN DAN ISTERI

YMC ingin mengucapkan tahniah kepada naib presiden YMC, iewan dan isteri diatas kelahiran puteri sulung mereka pada tanggal 30 Oktober 2010 jam 12.35 pagi...semoga kehadiran bayi perempuan ini akan memceriakan hidup mereka dan membawa rezeki yang lebih lagi dalam kehidupan mereka...tahniah sekali lagi diucapkan dan insyaallah dalam masa terdekat ahli2 YMC akan menziarahi beliau dan keluarga....

19 Oktober 2010

KONVOI PENGANTIN DI AIR MAWANG JOHOL NEGERI SEMBILAN....



YMC sekali lagi telah mengadakan konvo mengiringi pengantin pada 16 Oktober 2010 yang lalu..untuk kali ini destinasi konvoi YMC adalah di pekan air mawang, johol negeri sembilan..disertakan antara gambar kereta YMC yang telah sudi memeriahkan konvoi pada kali ini..segala komitmen dan semangat anda dalam memajukan YMC amat dihargai.


12 Oktober 2010

konvoi mengiringi pertunangan anak abg shariff...

YMC telah mengadakan konvoi bagi mengiringi hari pertunangan ank abg shariff yang telah diadakan pada 10.10.2010 yang lalu..terima kasih kepada semua ahli yang sudi meluangkan masa menyertai konvoi pada kali ini..segala komitmen dan kerjasama anda dalam menjayakan konvoi ini amat lah di hargai....

27 September 2010

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA AHLI YMC......


buat julung2 kalinya ahli YMC telah berkumpul beramai-ramai dan menghadiri jamuan rumah terbuka yang dianjurkan di sekitar seremban pada 25 Julai 2010 yang lalu..ini merupakan pengumpalan ahli YMC yang paling ramai semenjak kelab ini ditubuhkan..syabas diatas komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua ahli YMC yang hadir dan semoga pertemuan terbesar ini menjadi titik permulaan untuk ahli YMC terus bergerak maju ke hadapan..kepada semua ahli YMC yang terlibat, sekalung perhargaan dan tahniah diatas kesungguhan dan komitmen yang diberikan..teirma kasih juga kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk berkumpul bersama-sama disamping mengeratkan silaturahim antara ahli kelab......

16 Ogos 2010

majlis berbuka puasa YMC....

pada 22 ogos 2010 ini, YMC merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan mesyuarat bersama-sama ahli YMC bertempat di rumah salah seorang ahli iatu abg shariff bertempat di tmn bukit intan kuala pilah....semua ahli YMC dijemput hadir untuk memeriahkan majlis berbuka puasa ini disamping dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli....sekiannnn untuk makluman semua...semoga kita semua mendapat keberkatanNya...

27 Julai 2010

takziah buat zambri dan isteri..

pada 25 Julai 2010, ahli YMC telah berpakat untuk ke pasir besar gemas negeri sembilan bagi melawat salah seorang ahli YMC iaitu zambri dan isterinya yang telah keguguran anak pertama mereka....kami ahli2 YMC amat bersimpati dan berharap agar pasangan ini tabah dan tidak putus asa dengan ujian dan dugaan Allah SWT...kepada ahli YMC yg telah turut serta terima kasih diucapkan atas kesudian anda melapangkan masa dan memberi komitmen anda..hanya Allah dpt membalas jasa kalian...sekiannn

19 Julai 2010

YMC--->TT TO PUTRAJAYA

pada 10 jun 2010, YMC telah mengadakan TT ke putrajaya dan buat julung kalinya TT ini telah disertai sebanyak 6 buah kereta myvi. berikut disertakan gambar-gambar sepanjang TT ke putrajaya untuk tatapan semua...enjoyyy

JALAN2 DI SEKITAR PUTRAJAYA.........







BERGAMBAR KENANGAN DI HADAPAN MASJID PUTRAJAYA.....









AHLI YMC BERSAMA MYVi MASING2













JALAN2 CARIK MAKAN.....












BERGAMBAR KENANGAN SEBELUM PULANG KE DESTINASI MASING2......





TT YMC ke putrajaya ini telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang memberi komitmen..semoga semua ahli YMC akan dapat berkumpul untuk aktivit yang akan dirancang kelak.....